MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Monday, October 17

RANCANNGAN PERNIAGAAN ( CONTOH DISKRIPSI PERNIAGAAN )

2.0 DISKRIPSI PERNIAGAAN

2.1 Industri Pernternakan Kambing Daging

Permintaan Daging Kambing

Jumlah penggunaan hasil ternakan Ruminan di Malaysia telah meningkat tahun demi tahun dengan begitu ketara. Jumlah permintaan terhadap daging kambing dan bebiri telah mengalami arah aliran yang meningkat tahun demi tahun. Peningkatan permintaan daging kambing di negara ini berlaku antara lain disebabkan oleh pertambahan penduduk, peningkatan pendapatan isi keluarga, pertambahan penggunaan perkapita, pertambahan pengguna dikalangan pelancong dan pekerja warga asing serta kesedaran tentang pentingnya melakukan penyembelihan untuk tujuan ibadat seperti qurban dan aqiqah.


Kadar Sara Diri Hasil Ternakan

Jika dibandingkan diantara pengeluaran tempatan dan jumlah penggunaan, adalah didapati bahawa kadar sara diri hasil ternakan tempatan adalah terlalu rendah dan mengalami arah aliran yang menurun.


Import Bahan Makanan

Malaysia banyak bergantung kepada bekalan import untuk memenuhi keperluan
makanan penduduknya. Jumlah nilai import pelbagai bahan makanan telah meningkat begitu tinggi tahun demi tahun. Kerajaan berhasrat untuk mengurangkan pengaliran mata wang asing dengan menggalakkan lebih banyak pengeluaran tempatan terutamanya komodoti pertanian yang berdayamaju dari segi teknikal dan kewangan. Pengeluaran berbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran dan ternakan ikan dan haiwan telah dikenal pasti mempunyai potensi yang baik untuk diusahakan secara komersil dan berskala besar.

Industri Ternakan Di Pahang

Dalam tempoh 2000-2002, jumlah berbagai jenis ternakan (tidak termasuk ayam
dan itik) untuk pengeluaran makanan dan untuk kegunaan rekreasi di negeri Pahang
telah menurun tahun demi tahun. Keadaan ini mula bertambah baik dalam tahun 2003 dengan daya usaha kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan sumbangan pihak swasta. Projek dijalankan secara komersil tetapi kesemuanya berskala kecil dan sederhana. Bidang usaha penternakan secara komersil dan berskala besar yang dilaksanakan dengan kaedah moden dan mesra alam perlu ada di negeri ini untuk memajukan industri ternakan di negeri ini.

2.2 Syarikat

2.2.1 Profail Syarikat

Alamat Premis :                    Penternakan Kanbing Bagus Sdn Bhd.
No. 1 Jalan Sinaran Indah
Persiaran Rasa Sayang
44560 Jerantut,
Pahang.
Telefon : 03 8875378
Fax : 03 88884244

No. Pendaftaran :                181881-U
Perniagaan
Tarikh Penubuhan :            Julai 2011
Modal Dibenarkan :            RM 1 000, 000.
Modal Berbayar :                  Rm700, 000
Aktiviti Perniagaan :            Menternak Kambing
Bank Utama :                        Bank Pertanian Malaysia
2nd Floor Menara Patriot
15, Jalan Damai Sejahtera
50550 Kuala Lumpur, Malaysia.
Setiausaha Syarikat :          Rsm   Robert Teo, Kuan & Co
2nd Florr, Wisma Jaya
50550 Kuala Lumpur
Firma Audit :                                     Rsm   Robert Teo, Kuan & Co
2nd Floor, Wisma Jaya
Jalan Raja Auliahah
50550 kuala lumpur




2.2.2 Misi
PENTERNAKAN KAMBING KITA BERSAMA SDN BHD ingin menjadi peneraju sektor penternakan kambing di Malaysia dan mensasarkan untuk:
·         Menjadi pengeluarna kambing daging terbesar di Malaysia.
·         Menyediakan bekalan daging kepada penduduk Malaysia
·         Memberi kepuasan yang tinggi kepada pelanggan daripada pelbagai segi.
·         Menjana keuntungan dan pulangan yang tinggi kepada pemilik.

2.2.3 Matlamat Perniagaan

Projek ternakan kambing ini akan dimulakan dengan memelihara ternakan kambing daging sebanyak 50 ekor, jenis kacukan Boer dan Farell. Dari sejumlah ternakan yang diperlihara ini dijangka akan menghasilkan 59 ekor anak berumur diantara 6 hingga 12 bulan dengan jangkaan nilai RM 810, 000 setahun. Projek dijangka akan menghasilkan 224 ekor kambing dengan jangkaan nilai jualan sebanyak RM5, 305, 000 (purata RM750 seekor) di akhir projek iaitu selepas 5 tahun, disamping itu tanah yang telah dibangunkan dengan infrastruktur yang lengkap boleh digunakan untuk projek pertanian yang baru. Projek ternakan ini akan di jalankan di atas tanah seluas 5 ekar untuk dibangunkan bagi menempatkan kemudahan-kemudah berikut :

·         Kemudahan infrastruktur (Jalan, perparitan, bekalan air dan eletrik)
·         Kandang kambing
·         Tanaman pastura dan foder
·         Tempat penyembelihan dan pemprosesan kambing.

2.2.4 Strategi Perniagaan

PENTERNAKAN KAMBING KITA BERSAMA SDN BHD menggunakan strategi perniagaan seperti berikut untuk mencapai objektif perniagaan:



2.2.4.1 Membekal Kambing Dan Daging Segar Yang Terbaik

·         Mengamalkan penternakan secara fidlot.
·         Pemeriksaan kualiti bekalan kambing dilakukan dari semasa ke semasa.
·         Aktiviti keluar-masuk pelawat ke lading dikawal dan mematuhi prosedur pembasmian penyakit.
·         Rawatan ternakan dilakukan oleh viterinar.
·         Rekod-rekod perubatan dikemaskini dan disimpan untuk memudahkan pemeriksaan kesihatan.

2.2.4.2        Sumber Manusia

Seramai 3 orang pekerja diperlukan untuk menjalankan operasi ternakan kambing. Mereka terdiri daripada seorang Pengurus Operasi yang bertugas untuk mengkoordinasi segala bentuk operasi di tapak projek yang berkaitan pentadbiran dan kewangan dan 2 pekerja am yang bertanggungjawab terhadap kerja-kerja harian di lading ternakan seperti yang di sediakan oleh Pengurus Operasi.

2.2.5 Kunci Dan Faktor Kejayaan

Kunci dan faktor krjayaan PENTERNAKAN KAMBING KITA BERSAMA SDN BHD adalah:
·         Kambing bebas dari penyakit-penyakit berbahaya.
·         Kaedah penternakan yang baik.
·         Hubungan baik dangan Jabatan perkhidmatan Haiwan negeri Pahang.
·         Tempat yang strategik dengan pelbagai kemudahan pengangkutan moden dan mempunyai penduduk yang padat.

2.2.6 Kekuatan Dan Kelemahan

 Kekuatan PENTERNAKAN KAMBING KITA BERSAMA SDN BHD adalah seperti berikut:

·         Mempunyai pasukan pengurusan yang cekap.
·         Perkhidmatan yang cekap kepada pelanggan dan  menepati segala kriteria yang ditetapkan veterinar.
·         Penggunaan pelbagai kaedah baru dan peralatan teknologi moden untuk menghasilkan produktiviti produk yang tinggi.
·         Pekerja yang mahir dan berpengalaman dalam bidang penternakan kambing dan terdedah dengan teknik-teknik baru.

2.3 Produk Yang Ditawarkan

PENTERNAKAN KAMBING KITA BERSAMA SDN BHD menawarkan kambing dan daging kambing pada kualiti yang tinggi kepada pelanggan.

2.3.1 Kaedah Penternakan

PENTERNAKAN KAMBING KAMI BERSAMA SDN BHD menggunakan kaedah penternakan secara fidlot iaitu satu kaedah memelihara kambing secara intensif dalam kandang untuk tujuan pengeluaran kambing daging melalui peningkatan berat badan dengan memberi makanan yang bermutu, air bersih, mineral dan vitamin yang secukupnya dalam tempoh yang tertentu.

2.3.2 Kos Pelaksanaan

PENTERNAKAN KAMBING KITA BERSAMA SDN BHD menganggarkan kos pelaksanaan sebanyak RM 1, 072, 100. Perbelanjaan tersebut terdiri perbelanjaan modal dan perbelanjaan modal pusingan. (Sila rujuk jadual 1, jadual 2 dan jadual 3 pada bahagian lampiran.)






2.4 Pasaran

2.4.1 Keadaan Ekonomi Dan Sosial

Berdasarkan tinjauan yang telah dibuat, didapati terdapat tiga tahap pendapatan penduduk di sekitar Jerantut, Pahang iaitu pendapatan rendah, sederhana dan tinggi. Sebanyak 25% berpendapatan tinggi, 38% berpendapatan sederhana dan selebihnya berpendapatan rendah. Fokus utama penternakan kambing kita bersama sdn bhd adalah kepada golongan berpendapatan sederhana dan berpendapatan tinggi.

2.4.2 Kumpulan Sasaran

Dengan populasi 422, 202 juta orang di negeri Pahang daging kambing dapat memenuhi bekalan yang akan dibuat olen penternakan kambing kita bersama sdn bhd. Hasil ternakan akan dijual dalam bentuk :

·         Jualan kambing hidup untuk tujuan aqiqah, korban dan majlis-majlis kenduri.
·         Jualan kambing hidup untuk tujuan pembiakan dan baka.
·         Jualan daging kambing sembelih yang dipasarkan di :
o   Pasar Tani di sekitar Pahang.
o   Pasar Malam di sekitar Pahang.
o   Restoran – restoran
o   Hotel
o   Permintaan tempatan

2.4.3 Persaingan

Persaingan utama yang dihadapi adalah lambakan di pasaran tempatan daging kambing yang di import dari luar negara kerana kekurangan bekalan daging tempatan.