1. Ketika menggosok gigi sebelum berwuduk, berniatlah tujuan menggosok gigi adalah agar mulut berbau wangi ketika membaca Al-quran dan berzikir kepada Allah.
2. Membasuh kedua tapak tangan sambil berdoa "Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada mendapat kecelakaan dan kebinasaan."
3. Kemudian berkumur sambil berdoa "Ya Allah, bantulah aku agar aku diberikan kekuatan untuk membaca Al-Quran dan banyak berzikir kepadamu"
4. Kemudian masukkan air ke dalam hidung dengan tapak tangan kanan sambil berdoa " Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada bau neraka dan buruknya neraka".
5. Ketika membasuh muka, berdoalah " Ya Allah putihkan wajahku dengan cahayaMu dan janganlah Engkau hitamkan wajahku dngan kegelapanMu."
6. Ketika membasuh tangan kanan hingga ke siku, bacalah doa "Ya Allah, berikanlah aku buku amalanku dengan tangan kananku dan hitunglah amalanku dengan kiraan yang mudah".
7. Ketika membasuh tangan kiri, berdoa "Ya Allah, aku Berlindung denganMu daripada memberikan buku amalanku dengan tangan kiri atau belakangku."
8. Ketika membasuh muka, berniat untuk berwuduk.
9. Ketika menyapu kepala sambil berdoa " Ya Allah, tolonglah aku dengan kasih sayangMu kepadaku. naungi aku di bawah naungan ArasyMu."
10. Ketika menyapu telinga, berdoa "Ya Allah, jadikan aku sebahagian dari golongan yang mendengar perkataan, lalu mengikut yang baik daripadanya. Ya Allah perdengarkanlah kepadaku seruan penyeru syurga bersama orang yang baik-baik.
11. Ketika membasuh kaki kanan, berdoa "Ya Allah, permudahkanlah kakiku untuk melintas titian sirat."
12. Ketika membasuh kaki kiri, berdoa " Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada tergelincir tapak kakiku dari titian, pada hari yang tergelincir segala tapak kaki orang munafik."
13. Selepas selesai berwuduk, menghadap kiblat dan baca doa selepas wuduk.