MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Monday, October 17

RANCANGAN PERNIAGAAN (CONTOH RINGKASAN EKSEKUTIF)

 1.0 RINGKASAN ESEKUTIF

PENTERNAKAN KAMBING KITA BERSAMA SDN BHD diterajui oleh En Muhammad Faiez Zainal bersama Cik Aishah binti hadi dan Cik Syalviana binti Sahelin. Projek yang dijalankan ialah penternakan kambing secara intensif di atas tanah seluas 5 ekar di Jerantut, Pahang.
Memandangkan permintaan untuk daging kambing pada masa sekarang adalah sangat tinggi terutama pada musim perayaan maka kami bercadang untuk menternak kambing secara intensif untuk memenuhi permintaan pasaran sekarang.

Pengurusan
Pengurusan penternakan ini dipimpin oleh En Muhammad Faiez Zainal. Beliau mempunyai 10 tahun pengalaman dalam bidang penternakan kambing. Pengalaman beliau dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan penghadiran dalam banyak kursus berkaitan dengan penternakan boleh membantu PENTERNAKAN KAMBING KITA BERSAMA SDN BHD dalam pengurusan ladang ternakan.

Pasaran
Keadaan pasaran daging kambing tempatan menunjukkan peningkatan permintaan yang memberangsangkan terutamanya di musim-musim perayaan. Peningkatan permintaan ini disebabkan kekurangan bekalan daging mentah tempatan di pasaran. Kekurangan ini disebabkan kaedah penternakan secara tradisional dan kecil-kecilan yang kurang efektif untuk memenuhi permintaan.
PENTERNAKAN KAMBING KITA BERSAMA SDN BHD menjangkakan permintaan daging mentah tempatan akan terus meningkat berikutan peningkatan tahap ekonomi penduduk Malaysia. Perbelanjaan isi rumah dijangka akan meningkat berikutan dengan perkembangan ekonomi negara yang memberangsangkan pada masa hadapan. Ini akan meningkatkan permintaan daging kambing di pasaran tempatan.

Keperluan Pinjaman
PENTERNAKAN KAMBING KITA BERSAMA SDN BHD bercadang membuat pinjaman sebanyak RM 500, 000 untuk menampung kos operasi permulaan seperti membeli stok-stok awal kambing, makanan dan sebagainya. Pinjaman ini diperlukan pada awal Januari 2012.
Pinjaman dan juga faedahnya akan dilunaskan dalam masa 5 tahun. Tanah dan aset lain yang dipunyai PENTERNAKAN KAMBING KITA BERSAMA SDN BHD akan dijadikan sebagai cagaran.