MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Saturday, February 26

KHASIAT TELUR AYAM..

       Telur ialah ovum yang dihasilkan oleh haiwan betina untuk pembiakan. Ia sering dipergunakan sebagai makanan, dan merupakan salah satu sumber protein yang baik. Telur terdiri daripada kulit telur yang keras dan berbentuk bujur, putih telur atau albumen, kuning telur, serta berbagai-bagai selaput yang nipis. Setiap bahagian telur boleh dimakan, walaupun kulitnya biasanya dibuang. Selain itu, telur ikan serta kaviar juga boleh dimakan.



                    Sebiji telur ayam mengandungi lebih kurang 10% cangkerang, 30% kuning telur dan 60% albumen (mengikut berat). Kandungan telur kaya dengan protein, vitamin dan lemak yang mudah dihadam. Telur juga merupakan punca mineral perlu dan mengandungi kalori yang rendah.
                  
BAHAGIAN TELUR
FUNGSI
Ruang udara
Pengukur usia telur.
Tisu yang menyokong telur kuning
Menyokong telur kuning supaya terus berada di posisinya.
Telur kuning  
Punca utama vitamin, mineral dan lemak
Kulit luar
Menjaga telur daripada bakteria.
Sel membrane
Mengasingkan telur kuning daripada telur putih
Telur putih
Mempunyai sebahagian besar protein dan air dalam telur.

Telur mengandung berbagai nutrisi penting; protein, vitamin A, D, E, dan B, fosfor dan zinc. Berkadar lemak dan kalori rendah. Satu butir telur hanya mengandung 71 cal. Inilah yang membuat telur sangat disarankan saat seseorang menjalani diet! Telur ayam mengandungi semua jenis asam amino esensial bagi keperluan manusia. Mengandung berbagai vitamin dan mineral, termasuk vitamin A, riboflavin, asam folat, vitamin B6, vitamin B12, choline, besi, kalsium, fosfor dan potasium. Satu butir telur ayam berukuran besar mengandung sekitar 7 gram protein.
Telur dikelaskan berdasarkan saiz dan jenis. Terdapat telur yang bersaiz besar seperti telur burung unta. Dan terdapat juga telur yang bersaiz kecil seperti telur burung puyuh. Manakala, dari aspek jenis pula, terdapat berbagai-bagai jenis telur seperti telur ayam, telur penyu, telur itik dan banyak lagi.


                      Telur ayam dipergunakan secara meluas untuk berbagai-bagai hidangan, baik yang manis mahupun yang tidak. Telur juga boleh dijeruk, direbus keras dan disejukkan, atau juga dimakan secara mentah. Selain itu, hanya 51% daripada protein telur mentah boleh diserap ke dalam badan, berbanding dengan telur masak yang 91% dapat diserap. Dengan kata yang lain, penyerapan protein telur masak adalah hampir dua kali penyerapan protein telur mentah. 


  Berikut merupakan kaedah penyimpanan telur.

       Simpan telur di tempat yang dingin.

       Kering.
       Susun telur dengan susunan yang teratur.
       Elakkan daripada meletakkan telur  di bawah sinaran matahari .
       Tempat Yang Bersih.



Saturday, February 19

PENGENALAN PERMAINAN GALAH PANJANG

Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Permainan ini dimainkan oleh semua golongan masyarakat iaitu golongan kanak-kanak dan golongan dewasa. Ia juga dijadikan sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan dan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong.


Gambar 4: Permainan galah panjang

Permainan ini dimainkan secara dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.


Gambar 5: Jumlah pemain galah panjang

Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.


                 Gambar 6: Bahagian-bahagian gelanggang galah panjang

          Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.


KEBAIKAN PERMAINAN GALAH PANJANG 


1. Aspek Sosioemosi

Permainan ini dapat membina sosialisasi kanak-kanak tersebut.  Ini kerana biasanya permainan ini akan dimainkan secara berkumpulan.Secara tidak langsung disini kanak-kanak tersebut dapat bergaul dengan masayarakat disekitarnya terutama yang sebaya dengannya.


Permainan ini memerlukan kerjasama antara ahli kumpulan untuk memenangi pelawanan secara tidak langsung kanak-kanak ini dapat terdidik untuk bekerja dalam kumpulan serta memupuk sikap toleransi.Semasa bermain galah panjang, kanak-kanak akan melepaskan emosinya. Mereka akan berteriak, tertawa, dan bergerak. Kegiatan seperti ini boleh digunakan sebagai terapi untuk kanak-kanak melepaskan emosi mereka dan mereka berasa gembira.


Gambar 7: Galah panjang membina sosialisasi kanak-kanak

2. Aspek Fizikal 

Permainan ini memerlukan strategi serta kepantasan pergerakan. Dengan melibatkan diri dalam permainan ini, kanak-kanak dapat membinagaya hidup yang sihat serta mendorong kepada kehidupan yang lebih harmonis. Ini kerana  dewasa ini kanak-kanak sudah terdedah dengan permainan computer, jika dikaji penggunaan masa yang banyak untuk permainan cyber ini adalah sesuatu yang tidak bagus untuk kesihatan mereka amnya.

Permainan galah panjang ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti untuk memanaskan badan dan membina pergerakan otot kasar mereka. 


Gambar 8: Galah panjang memerlukan strategi dan kepantasan pergerakan

3. Aspek Intelektual

Permainan galah panjang ini dapat mengembangkan kecerdasan intelektual mereka. Hal ini kerana mereka perlu memikirkan strategi yang sesuai untuk menang disamping mereka diberikan pengetahuan tentang cara-cara untuk bermain.


Gambar 9 : Galah panjang mengembangkan kecerdasan intelektual kanak-Kanak.