MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Saturday, February 19

PENGENALAN PERMAINAN GALAH PANJANG

Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Permainan ini dimainkan oleh semua golongan masyarakat iaitu golongan kanak-kanak dan golongan dewasa. Ia juga dijadikan sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan dan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong.


Gambar 4: Permainan galah panjang

Permainan ini dimainkan secara dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.


Gambar 5: Jumlah pemain galah panjang

Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.


                 Gambar 6: Bahagian-bahagian gelanggang galah panjang

          Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.


KEBAIKAN PERMAINAN GALAH PANJANG 


1. Aspek Sosioemosi

Permainan ini dapat membina sosialisasi kanak-kanak tersebut.  Ini kerana biasanya permainan ini akan dimainkan secara berkumpulan.Secara tidak langsung disini kanak-kanak tersebut dapat bergaul dengan masayarakat disekitarnya terutama yang sebaya dengannya.


Permainan ini memerlukan kerjasama antara ahli kumpulan untuk memenangi pelawanan secara tidak langsung kanak-kanak ini dapat terdidik untuk bekerja dalam kumpulan serta memupuk sikap toleransi.Semasa bermain galah panjang, kanak-kanak akan melepaskan emosinya. Mereka akan berteriak, tertawa, dan bergerak. Kegiatan seperti ini boleh digunakan sebagai terapi untuk kanak-kanak melepaskan emosi mereka dan mereka berasa gembira.


Gambar 7: Galah panjang membina sosialisasi kanak-kanak

2. Aspek Fizikal 

Permainan ini memerlukan strategi serta kepantasan pergerakan. Dengan melibatkan diri dalam permainan ini, kanak-kanak dapat membinagaya hidup yang sihat serta mendorong kepada kehidupan yang lebih harmonis. Ini kerana  dewasa ini kanak-kanak sudah terdedah dengan permainan computer, jika dikaji penggunaan masa yang banyak untuk permainan cyber ini adalah sesuatu yang tidak bagus untuk kesihatan mereka amnya.

Permainan galah panjang ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti untuk memanaskan badan dan membina pergerakan otot kasar mereka. 


Gambar 8: Galah panjang memerlukan strategi dan kepantasan pergerakan

3. Aspek Intelektual

Permainan galah panjang ini dapat mengembangkan kecerdasan intelektual mereka. Hal ini kerana mereka perlu memikirkan strategi yang sesuai untuk menang disamping mereka diberikan pengetahuan tentang cara-cara untuk bermain.


Gambar 9 : Galah panjang mengembangkan kecerdasan intelektual kanak-Kanak.



Sunday, February 13

BUAH DURIAN BELANDA

Durian belanda??
Daunnya berbentuk ringkas dan tersusun secara berselang seli pada rantungnya.daunnya berukuran 5.5-18 cm X 2-7 cm.Bunganya berwarna hijau pada mulanya dan berubah menjadi kuning pucat apabila mekar.Buahnya di litupi oleh duri yang lembut, berwarna hijau dan berukuran 15cm-35cm X 10-15 cm. Ia mempunyai biji yang banyak dan berwarna hitam serta dilindungi oleh cengkerang biji yang keras. Daunnya mempunyai bau yang agak busuk dan tumbuhan ini membiak melalui keratan batang dan biji benih.
Asal-usul durian belanda.

Durian belanda (bahasa InggerisSoursop, tulisan Cina Tradisional 紅毛榴蓮, Soursap, Guanábana, Graviola, Zuurzak, Coração-da-Índia, Guyabano or Corossol ) atau nama saintifiknya Annona muricata L merupakan sejenis tumbuhan tropika yang berasal daripada amerika tropika dan diperkenalkan ke asia tenggara oleh orang-orang sepanyol

Apakah khasiat dan kegunaan durian belanda?

Putiknya digunakan oleh masyarakat melayu untuk mengubati cirit birit dan berak berdarah. Di Indonesia daunnya yang dihancurkan digunakan untuk merawat bisul dan daunnya yang dikeringkan digunakan untuk membunuh serangga. Air rebusan daunnya digunakan untuk mengeluarkan cacing dari usus. Di Malaysia, terdapat persediaan herba dalam bentuk cecair yang menggunakan daun durian belanda yang digunakan untuk merawat athritis, batuk dan demam.Demah atau tuam(poultice) yang menggunakan serbuk dari daunnya yang dikeringkan digunakan untuk menghilangkan radang dan merawat penyakit kulit.

Di Filipina batangnya yang muda digunakan untuk merawat luka dan menghentikan pendarahan.Air rebusan daunnya digunakan untuk berkumur bagi merawat ulser mulut dan menyembuhkan luka.Divietnam pula daunnya digunakan untuk menangani masalah kerungsingan.




Berikut merupakan jadual ringkas yang menjelaskan tentang bahagian durian belanda dan khasiatnya.

Nama bahagian
Khasiat dan kegunaan


Daun
a).Membunuh serangga.
b).Mengeluarkan cacing dari usus.
c).Merawat ulser mulut dan menyembuhkan luka.
d).Menangani masalah kerungsingan.
e).Menghilangkan radang dan merawat penyakit kulit.

Akar

a).Mengubati kencing manis, mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.
Buah
a).Mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh,
b).Ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.
c).Meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.
d).Sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.

Putik
a).Mengubati cirit birit dan berak berdarah.
b).Merawat arthritis, batuk dan demam.

Batang
a). Batang muda digunakan untuk merawat luka dan menghentikan pendarahan.

Kulit
a).Membantu mengubati penyakit jantung dan batuk.
b).Mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak.

                                                                   

SEJARAH PERMAINAN BOLA BALING

SEJARAH BOLA BALING



*      Permainan bola baling berasal dari Eropah. Permainan ini dikatakan berasal daripada permainan Urania di Yunani, Harpaston di Rom dan Fangballspiel di Jerman pada zaman dahulu. Pada abad ke-19, munculnya permainan yang agak sama dengan permainan bola baling seperti Czeska Hasenka di Czehoslovakia, Handbold di Denmark, Hazena di Bohenia, Gandbol di Ukraine dan Korball serta Raffbold di Jerman.
*      Permainan bola baling moden pertama kali dimainkan di Denmark, Jerman, Norway, Scandinavia dan Sweden pada akhir abad ke-19. R.N. Ernst membentuk undang-undang permainan bola baling pada tahun 1897 manakala Holger Nielsen membentuk undang-undang permainan ini pada tahun 1898.
*      Undang-undang lain untuk permainan ini pula dibentuk oleh Max Heiser, Karl Schelenz dan Erich Konigh pada tahun 1917. Undang-undang ini ditingkatkan lagi oleh Karl Schelenz pada tahun 1919. Pertandingan bola baling antarabangsa yang pertama untuk pasukan lelaki diadakan antara Jerman dan Belgium pada tahun 1925. Sebaliknya, pertandingan bola baling antarabangsa yang pertama untuk pasukan perempuan diadakan antara Jerman dan Australia pada tahun 1930. Kedua-dua pertandingan ini dijalankan bawah undang-undang tersebut.
*      Tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelaraskan permainan ini. Hasilnya satu undang-undang antarabangsa permainan bola baling ditubuhkan.
*      Tahun 1928, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge dan dianggotai 11 buah negara sempena Sukan Olimpik di Amsterdam.
*      Tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam Sukan Olimpik yang diadakan di Berlin untuk pasukan lelaki.Enam buah negara telah menyertainya dan negara Jerman telah muncul sebagai juara. Namun demikian, permainan tersebut telah dibatalkan dalam senarai permainan Sukan Olimpik.
*      Permainan dipertandingkan semula dalam Sukan Olimpik di Munich pada tahun 1972. Pada tahun 1976, permainan bola baling untuk pasukan perempuan dalam Sukan Olimpik dimulakan. Pada mulanya, bola baling dimainkan 11 orang pemain di padang sepak tetapi akhirnya ia berkembang menjadi permainan dalaman yang dimainkan 7 orang pemain disebabkan cuaca yang buruk di utara Eropah.
*      Akibatnya permainan ini berkembang dengan pesat dan meluas di seluruh Eropah. Permainan bola baling secara dalaman dan luaran sama-sama-sama mendapat sambutan baik dan terkenal sehingga tahun 1960. Pada tahun 1965, jawatankuasa Sukan Olimpik telah menggariskan permainan bola baling sebagai permainan dalaman yang disertai oleh 7 orang pemain.
*      Tahun 1938 sekali lagi, Jerman menjadi juara dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia di mana 10 buah negara telah menyertainya. Pada tahun1946, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini telah mengadakan kejohanan Bola Baling Sedunia Pasukan Lelaki setiap 4 tahun atau 3 tahun sekali dari Perang Dunia Kedua hingga tahun 1995.
*      Selepas Kejohanan Bola Baling Sedunia di Ireland, pertandingan ini diadakan 2 tahun sekali. Kejohanan Bola Baling Sedunia Pasukan Perempuan diperkenalkan oleh kesatuan ini pada tahun 1957. Kesatuan ini menggalakkan permainan menggunakan tujuh orang sepasukan. Sekali lagi Kejohanan Bola Baling Sedunia telah diadakan pada tahun 1956 dan kali ini Sweden pula telah menjadi juara.
*      Tahun 1956, undang-undang permainan ini telah diubahsuai dan diguna pakai sehinggalah ke hari ini. Pada tahun 2007, tedapat 159 buah kesatuan bola baling di pelbagai negara menganggotai IHF yang terdiri daripada 1130000 pasukan di mana terdapat sebanyak 31 juta orang pemain, jurulatih, pengadil dan pegawai .
*      Kini, terdapat 68 buah negara menyertai IHF. Di Eropah, negara yang menguasai permainan ini ialah Jerman, Yugoslavia, Romania, Czechoslovakia, Hungury dan Poland.
Perkembangan bola baling yang pesat di Asia berlaku selepas penubuhan Kesatuan Bola Baling Asia hasil daripada cadangan Martyr Shaikh Fahad Al-Ahmad selaku pengerusi perwakilan Kuwait dalam Sukan Asia di Tehran pada tahun 1974. Beliau meminta supaya permainan bola baling diiktirafkan sebagai permainan rasmi di Asia. Ini adalah disebabkan permainan ini mendapat sambutan yang meluas di Asia.
*      Berikutannya Kesatuan Permainan Asia telah mengiktirafkan permainan bola baling sebagai permainan rasmi yang ke-19 dalam senarai permainan Asia. Martyr Shaikh Fahad Al-Ahmad juga mengambil inisiatif mengadakan satu mesyuarat untuk perbincangan penubuhan Kesatuan Bola Baling Asia. Hasilnya Kesatuan Bola Baling Asia telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di Tehran sedang berlangsung.
*      Tahun 1976, semua kesatuan bola baling dari seluruh Asia telah dijemput menghadiri satu mesyuarat. Penubuhan Kesatuan Bola Baling Asia (AHF) diumumkan dalam mesyuarat tersebut. Ahli jawatankusa kesatuan ini telah dipilih dan jawatankuasa eksekutif ditubuhkan untuk menguruskan kesatuan tersebut. Ibu pejabat kesatuan ini terletak di Kuwait.

  • Penubuhan kesatuan ini telahmembawa kepada pembangunan dan perkembangan permainan bola baling di Asia. Di Asia, Rusia, Jepun, China dan juga Korea adalah antara negara yang terkuat di mana pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik tahun 1988 manakala pasukan lelaki telah memenangi pingat perak.

  •  Permainan bola baling di Malaysia merupakan satu permainan yang baru. Perkembangan bola baling agak perlahan di negara kita. Permainan bola baling mula diperkenalkan oleh Lim Hock Han pada tahun 1976. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan secara rasminya telah didaftarkan pada 11 September 1985.

*      Cheah Hai Su telah dilantik sebagai presiden dan Lian Chin Nam sebagai Naib Presiden. Pada tahun 1986, persatuan ini telah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling Asia. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan yang pertama telah diadakan pada 2 Jun 1982.
*      Kejohanan Bola Baling Kebangsaan pula telah diadakan pada 7 Disember 1985 dan sebanyak 11 pasukan telah menyertai pertandingan tesebut. Mulai tahun 1987, permainan bola baling telah diterima sebagai satu permainan yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).

·         Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus iaitu di Kompleks TUDM, Lumut pada tahun 1985 dan di Sekolah Menengah Sains Selangor pada tahun 1986 untuk melatih guru dari semua negeri dalam aspek kejurulatihan dan pengadilan.

*      Di maktab perguruan pula, permainan ini telah disenaraikan dalam kegiatan kokurikulum pelajarnya dan menjadi salah satu permainan yang dipertandingkan antara maktab-maktab perguruan dalam Pestarama Maktab mulai tahun 1985. Persatuan bola baling diperkenalkan kepada pelajar sebagai salah satu kegiatan kokurikulum.
*      Sebenarnya permainan ini biasanya dimainkan sampai peringkat sekolah menengah. Terdapat banyak rakyat Malaysia masih tidak mengenali permainan ini. Selain itu, negara kita kekurangan jurulatih yang berkaliber disebabkan masalah kewangan. Kesatuan Bola Baling Amatur Malaysia bertanggungawab untuk membangunkan dan mengembangkan permainan di negara kita.