MAJLIS
: SEMINAR LITERASI BAHASA 2012
TARIKH
: 18/09/2012
MASA
: 12.00 TENGAHARI
TERIMA
KASIH SAUDARI PENGACARA MAJLIS,
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
ASSAMUALAIKUM
WARAHMATULLAHI WABARAKATUH,
SALAM
SEJAHTERA DAN SALAM 1MALAYSIA.
YANG BERUSAHA,
KETUA JABATAN PENGAJIAN MELAYU
PARA PENSYARAH,
STAF-STAF SOKONGAN,
PARA PESERTA SEMINAR,
SERTA TUAN-TUAN, PUAN-PUAN, DAN
PARA HADIRIN SEKALIAN.
TERLEBIH
DAHULU, MARILAH SAMA-SAMA KITA PANJATKAN KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH SWT KERANA
DENGAN LIMPAH KURNIA-NYA DAPAT KITA BERSAMA-SAMA DALAM SEMINAR LITERASI BAHASA
BAGI TAHUN 2012. BAGI MEMULAKAN UCAPAN PADA
PAGI INI, SAYA MERAKAMKAN TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU PELATIH 2PISMP
KERANA TELAH MENGANJURKAN SEMINAR INI DENGAN JAYANYA.
SAUDARA
DAN SAUDARI YANG SAYA HORMATI,
BILA BERSELISIH BUAT TAK CAKNA,
SUNGGUHPUN SUDAH BERTENTANG MATA,
BENARLAH SUNGGUH PUJANGGA CINA,
JIKA TAK KENAL MAKA TAK CINTA.
SUNGGUHPUN SUDAH BERTENTANG MATA,
BENARLAH SUNGGUH PUJANGGA CINA,
JIKA TAK KENAL MAKA TAK CINTA.
LITERASI BAHASA ATAU DALAM BAHASA
MELAYU PERNAH JUGA DISEBUT SEBAGAI “KENAL ATAU CELIK HURUF” SUATU MASA DAHULU
BERMAKSUD KEMAMPUAN MINIMUM UNTUK MEMBACA DAN MENULIS DALAM SESUATU BAHASA.
BERDASARKAN DEFINISI TERSEBUT, MAKA WUJUDNYA PROGRAM-PROGRAM PENDIDIKAN SEPERTI
KELAS PRASEKOLAH, PROGRAM PEMULIHAN KHAS, KELAS INTERVENSI AWAL MEMBACA (KIA2M) DAN YANG TERKINI PROGRAM LITERARY & NUMERACY SCREENING (LINUS). FOKUS KIA2M ADALAH UNTUK MEMBOLEHKAN
MURID MENGUASAI KEMAHIRAN ASAS MEMBACA DAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU SECARA
INTENSIF. OLEH ITU, KONSEP PENGAJARAN BAHASA MELAYU MERENTAS KURIKULUM INI
MESTILAH DIJALANKAN SEPENUHNYA DENGAN MENGGUNAKAN STRATEGI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN YANG SESUAI DENGAN KEPERLUAN UNTUK MEMBANTU MURID MENGUASAI
KEMAHIRAN ASAS INI. DI SAMPING ITU, DRAF PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2013-2025 YANG DILANCARKAN PADA 13/9/2012 TELAH MENGARISKAN BAHAWA MURID-MURID
PERLU MENGUASAI CELIK HURUF DALAM TEMPOH 3 TAHUN BERSEKOLAH. INI MENUNJUKKAN
BETAPA PENTINGNYA LITERASI BAHASA DAN SAYA PERCAYA BAHAWA SEMUA INI AKAN DAPAT
MEMBERIKAN INPUT YANG AMAT BANYAK KEPADA GURU-GURU PELATIH APABILA BERADA DALAM
PROFESION PERGURUAN YANG SEBENAR NANTI.
SAUDARA
DAN SAUDARI SEKALIAN,
GURU-GURU PELATIH SEHARUSNYA
MEMANFAATKAN KEMUDAHAN YANG ADA UNTUK MEMBANTU MEMPERCEPATKAN DAN MENINGKATKAN
MUTU PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LITERASI BAHASA. PEMILIHAN TEKNOLOGI
DALAM MEMBINA BAHAN BANTU MENGAJAR YANG BERLANDASKAN BEBERAPA KEPENTINGAN DAN
FAEDAH SEHARUSNYA DIKETAHUI OLEH SETIAP BAKAL GURU. TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN
MAMPU MENINGKATKAN KUALITI PEMBELAJARAN LITERASI, MENGGUNAKAN MASA DENGAN
BERKUALITI, MEMPELBAGAIKAN TEKNIK PENGAJARAN TANPA MENGORBANKAN KUALITI
KANDUNGAN DAN KEMAHIRAN LITERASI YANG INGIN DICAPAI.
SEMINAR LITERASI BAHASA YANG
TERKANDUNG DALAM KURIKULUM LITERASI BAHASA MEMAINKAN PERANAN YANG PENTING. OLEH
ITU, SEMINAR LITERASI BAHASA PERLU DILAKSANAKAN SETIAP TAHUN BAGI MENINGKATKAN
KESEDARAN BAKAL GURU TERHADAP KEPENTINGAN CELIK HURUF. SAYA INGIN MENGAMBIL
KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN SYABAS DAN TAHNIAH SEKALI LAGI KEPADA SEMUA
GURU PELATIH 2PISMP KERANA BERJAYA MELAKSANAKAN SEMINAR HARI INI. PERANAN YANG
DIGALAS OLEH GURU PELATIH 2 PISMP MELALUI PELAKSANAAN SEMINAR TIDAK LANGSUNG
MEMBERI PENGETAHUAN YANG BERGUNA KEPADA BAKAL-BAKAL GURU.
DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM, DENGAN SUKACITANYA SAYA MERASMIKAN
SEMINAR LITERASI BAHASA PERINGKAT IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK BAGI TAHUN
2012.
WABILLAHI
AL-TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMU’ALAIKUM WA RAHMATULLAHI WABARAKATUH