Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah
kebolehan menulis. Kebolehan menulis diperlukan untuk semua mata pelajaran di
sekolah. Guru sangat kenal akan tulisan buruk, dan selalunya marah kerana ia
terpaksa memeriksa beratus-ratus halaman tulisan dalam setahun yang susah
hendak di-bacanya.
Berbagai-bagai cara telah dikemukakan untuk
mengesan, atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis. Cara yang paling
mudah ialah dengan melihat tulisan-tulisan murid yang sedia ada dalam buku
latihan, atau ringkasan. Walau bagaimanapun, cara ini kurang memuaskan, kerana
ada murid yang tulisannya memuaskan jika diberi masa yang cukup, dan murid itu
juga mungkin tidak dapat menulis dengan jelas jika masa ini dihad¬kan. Dengan
itu, cara yang dapat mengawal kedua faktor ini ( iaitu masa dan tulisan) adalah
lebih baik.
Cara berikut untuk mengesan, atau membuat saringan
mengenai kebolehan menulis mudah digunakan oleh guru bilik darjah.
1.
Ayat, atau
perenggan biasa boleh digunakan, asalkan mematuhi dua syarat berikut:
(a) Tidak mengandungi perkataan yang akan
menghentikan murid menulis kerana kerumitan mengeja.
(b) Mempunyai isi kandungan yang dalam pengalaman
dan dapat difahami oleh murid.
2.
Setelah murid
membaca ayat yang diberikan beberapa kali dan setelah kenal semua kandungannya, guru boleh memberitahu
murid supaya menulis ayat tersebut lima kali dengan tulisan yang terbaik dan
masanya pun tidak dihadkan.
3.
Setelah semua murid
selesai menulis, guru menyuruh mereka menulis ayat yang sama seberapa banyak
yang mereka boleh dalam masa tiga minit. Setelah tiga minit, guru akan menyuruh
mereka berhenti clan mengutip tulisan tersebut.
4.
Apabila menilai
tulisan-tulisan tersebut, guru harus memerhatikan perkara-perkara berikut:
(a)
Kualiti tulisan
dalam ujian yang tidak menghadkan masa.
(b)
Kaitan kualiti di
antara tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa dan ujian yang menghadkan
masa.
(c)
Kadar penulisan
dalam ujian yang masanya terhad dikira seperti berikut: Jumlah perkataan
dibahagi dengan masa).
5.
Dari ujian ini,
murid-murid berikut memerlukan latihan pemulihan tulisan.
(a) Murid yang tulisannya terlalu buruk dan tidak dapat
dibaca dalam ujian yang masanya dihadkan.
(b) Murid yang tulisannya tidak mudah dibaca dalam ujian
yang tidak mengehadkan masa.
(c)
Murid yang kadar
penulisannya terlalu lambat.
(d) Murid yang tulisannya terlalu condong ke kiri, atau
yang tulisannya terlalu besar, atau terlalu kecil untuk dibaca dengan mudah.
4.1 Cara-Cara Mengatasi Masalah Tulisan
Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang
secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas. Penerangan,
tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul perlulah diberi agar
sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan
mudah. Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan
dan cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah
dibuat dengan teliti dan betul.
Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis
perlulah disediakan oleh guru dengan sempurna. Seberapa boleh banyakkan latihan
dan berikan bantuan individu. Guru juga perlu membuat pertimbangan harus dibuat
bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi
untuk menggunakan getah pemadam.
4.2
Aktiviti Pemulihan Pratulisan
Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid
sekolah rendah adalah berdasarkan pengajaran tulisan yang betul dan kukuh.
Bahasa bertulis memerlukan perhubungan dengan bahasa dalam diri penulis, atau
dalam fikirannya. Perihal menghubung¬kan bahasa lisan dengan bahasa fikiran
adalah amat sukar. Dengan sebab ini, maka usaha pengajaran permulaan dalam
penulisan biasanya amatlah susah, walaupun murid tersebut tiada kesusahan
membentuk huruf. Seperti pengajaran bahasa juga, penulisan adalah lebih mudah
dipelaj ari ketika murid masih kanak-kanak kecil lagi, seperti pada umur empat
tahun setengah.
Latihan permulaan untuk kanak-kanak kecil ini
haruslah menggunakan pensil, atau krayon. Langkah-langkah untuk mengajar
mernegang pensil, atau krayon adalah seperti berikut:
1.
Murid disuruh
mernegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil tersebut. Kemudian,
murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedang mengacau kuih. Mereka
patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang bulat, dan seluruh anggota
tangan harus dihayun; bukanlah setakat tapak tangan sahaja.
2.
Apabila murid telah
mahir membuat pergerakan bulat ini, murid ditunjukkan bagaimana tiga jari harus
berada di sebelah belakang pensil. pensil harus dipegang dengan ibu jari dan
jari telunjuk.
3.
Murid disuruh
menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk,
sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan senang dan selesa.
4.
Kemudian, murid
disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan mata pensil dan
disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini.
5.
Setelah itu, murid
diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jari telunjuk, supaya
pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) di kedudukan yang
betul.