MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Saturday, March 19

DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR

          Terdapat banyak pendapat berbeza dari tokoh pemikir tentang definisi yang sesuai untuk konsep kemahiran belajar. George (1970) melihat pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang kompleks. Edward De Bono (1976) pula mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah.

            Menurut tokoh pemikir lain, iaitu Chaffee (1988),pemikiran merupakan  proses luar biasa yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Mayer (1977) pula melihat pemikiran sebagai  melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan  menyelesaikan masalah.

            Satu lagi definisi tentang kemahiran berfikir yang menarik ialah definisi yang dikemukakan oleh Vincent Ryan Ruggiero (1984).

“ thinking is any mental activity that helps formulate to solve a problem, make a decision, or fulfil a desire to understand. It is searching for answer, a reaching for meaning.”

            Selain itu terdapat defenisi yang luas tentang pemikiran dan mempunyai pertalian yang erat dengan definisi di atas iaitu definisi yang diperjelaskan oleh John Barell (1991).

“i define thinking as a search for meaning and understanding that can involve the adventurous generation of options, the attempt to arrive at logical reasonable judgements, and reflection on the process.”

            Berdasarkan beberapa definisi di atas, maka dapatlah dirumuskan bahawa pemikiran adalah proses menggunakan minda umtuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami. 

No comments:

Post a Comment