PENGUJIAN
2.1 Definisi
Menurut
Tuan Jah Tuan Yusof PhD dan Faridah Nazir PhD (2014) dalam buku mereka
Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah menjelaskan konsep pentaksiran pengujian
merupakan satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku
seseorang individu. Ujian terdiri daripada satu set tindak balas atau respons.
Ianya satu proses yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang
biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan
pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran. Pengujian dapat
dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab,
atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel
tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.
Menurut
Cronbach (1970) “Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati
perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan
skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori”. Menurut Robert Mills
Gagne, pengujian ialah satu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan
tingkah laku individu. Pengukuran ini merupakan suatu proses bagi guru untuk
menentukan perubahan dan membuat pertimbangan nilai. Melalui pengujian,
seseorang guru akan mudah untuk mengetahui tentang pencapaian objek, kaedah
mengajar dan keberkesanan sesebuah kurikulum.
Pengujian bertujuan untuk menentukan sejauh
mana objektif-objektif bagi sesuatu bidang mata pelajaran yang diajar itu
dicapai oleh pelajar-pelajar. Meletakkan pelajar-pelajar di dalam gred-gred
tertentu mengikut pencapaiannya. Mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu
dan apa yang pelajar boleh buat Memantau pembelajaran pelajar Memperbaiki
pembelajaran, pngajaran dan keberkesanan program secara berterusan
2.2 Bentuk Pengujian
Terdapat
lima jenis ujian yang digunakan dalam pengujian. Antara jenis ujian tersebut
ialah ujian pencapaian, ujian kecerdasan, ujian prestasi, ujian diagnostik
serta ujian bakan dan personaliti. Berikut merupakan rajah jenis-jenis ujian;
Rajah 6 : Jenis-Jenis Ujian
|
Contoh
skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian
kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata
pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah “ekstrovert”
atau “introvert” bagi ujian personaliti, atau “rabun warna” bagi
ujian penglihatan. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku
pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981,
(dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa:
“Ujian
adalah suatu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh
murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh
daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”.(Raminah 1991:2).
Hasil
daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai “markah”
akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa
baiknya prestasi pelajar yang diuji.
2.2.1 Ujian Pencapaian
Penilaian
yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan
maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap pengetahuan, kemahiran
dan sikap yang ingin disampaikan guru. Selain itu, penilaian yang dijalankan
pada akhir tempoh pengajian; misalnya pada akhir Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 3
(PMR) dan Tingkatan 5 (SPM); adalah bertujuan untuk menentukan gred pencapaian
para pelajar secara keseluruhan. Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak
formal dengan tujuan akhirnya untuk memberi sijil kepada pelajar. Hasil
penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yang
diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal. Pihak sekolah akan dapat
menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian yang
ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya, seperti
pemilihan dan penempatan.
2.2.2 Ujian Kecerdasan
Ujian
kecerdasan dikenali sebagai ujian mental untuk mengukur perbezaan di antara
individu. Ujian ini banyak mengalami perubahan serentak dengan perkembangan
bidang psikologi. Ujian ini dimulakan sejak tahun 1796 dan mula berkembang
sejak Galton (1969) apabila beliau cuba mengukur ketajaman deria, gambaran
mental serta pencapaian intelektual di antara pelajar genius. Tokoh-tokoh lain
yang terlibat dalam mengukur aspek mental termasuklah Wundt, Cattell dan Binet
(Abu Bakar, 1986). Selain itu, ujian
kecerdasan kanak-kanak terawal ialah skala Binet-Simon, Ujian ini kerap kali
digunakan untuk membuat telahan pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan
tinggi. Contoh ujian kecerdasan lain seperti Ujian IQ, Skala Stanford-Binet,
Weschler, Ujian Lorge-Thorndike dan lain-lain.
2.2.3 Ujian Prestasi
Umumnya,
ujian prestasi adalah rumit. Namun, guru bebas menggunakan apa sahaja kaedah
seperti pemerhatian atau laporan kendiri untuk mendapatkan maklumat pelajar.
Pemerhatian boleh dijalankan semasa murid melaksanakan tugas yang diberikan,
misalnya perbincangan kumpulan, peranan murid dalam aktiviti. Manakala melalui
laporan kendiri, pelajar sendiri menilai diri sendiri melalui soal selidik
tertentu yang menilai peribadi diri.
2.2.4 Ujian Diagnostik
Penilaian
yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas
kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran
yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas
tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Dengan itu, guru
dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar, sama ada pada tahap yang
sangat memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada sebarang kemajuan
langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti
pelajar yang cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah
yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada
untuk mengubah strategi pengajaran, supaya pengajaran dan pembelajaran
bersesuaian dengan keperluan pelajar.
Penilaian
yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan
memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan
pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang
masalah yang dihadapi pelajar. Sekiranya pelajar menghadapi masalah dalam
pembelajaran, guru akan menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat berkenaan
akan digunakan oleh guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan
latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa
bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya
mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran
2.2.5
Ujian
Bakat
Ujian
Bakat dikaitkan dengan aktiviti membuat telahan ke atas calon. Dahulu, bakat
dikenali sebagai kebolehan istimewa semula jadi yang dimiliki oleh seseorang
individu. Pada umumnya, ujian bakat dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu
ujian bakat yang berasaskan kajian secara besar-besaran. Contoh : Tahun 1930,
kajian yang dijalankan oleh Universiti Minnesota tentang bakat mekanikal.
Manakala ujian kedua ialah ujian bakat yang berasaskan kepada tujuan sesuatu
ujian itu dijalankan bagi keperluan tertentu. Ujian ini juga digunakan bagi
tujuan mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehan calon
atau individu.
Terdapat
tiga proses dalam pengujian iaitu Persediaan Ujian, Pentadbiran dan Pemeriksaan.
Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti
pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan.
Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya
telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau
sikap yang ingin disampaikan guru.
Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui
pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan oleh guru
dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat
penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang
diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.