Tujuan Pemeliharaan
Sebagai hobi, perniagaan, sumber pendapatan dan lain-lain. Untuk tujuan perniagaan, perlukan tempat, kawasan yang luas, kuantiti yang lebih banyak berbanding pemeliharaan sebagai hobi. Kucing, hamster sesuai untuk kanak-kanak, penyelengaraan mudah dan tidak melibatkan kos yang tinggi.
Gaya Hidup Bakal Pemelihara
Gaya hidup yang sibuk, sentiasa out station dan lain-lain. Gaya hidup yang sibuk mungkin menyebabkan kebajikan haiwan peliharaan dan ikan hiasan akan terabai. Waktu pemberian makanan tidak menentu, sangkar tidak dijaga dengan rapi dll. Pemelihara yang tidak penyayang, akan menganiaya haiwan.
Tabiat semula jadi haiwan
Ada haiwan yang lincah dan menjadi haiwan penggerit seperti hamster. Selain itu ada juga haiwan kesayangan yang mungkin di bela kerana ianya manja, licik, mencakar, pemangsa, garang dan berani.
Kos
Kos membeli atau membina sangkar, tempat tinggal bagi haiwan yang memerlukan sangkar. manakala ikan perlukan bekas atau akuarium dan aksesori. Makanan dan makanan sampingan serta perubatan juga memerlukan kos tertentu. Sesetengah haiwan perlukan alat permainan dan lain-lain keperluan. Pemelihara perlu ada kemampuan menyediakan tempat tinggal dan kemudahan yang sesuai untuk ikan hiasan dan haiwan kesayangan
.
Masa
Penjagaan rutin, memberikan makanan, minuman, membersihkan sangkar dan peralatan lain seperti permainan hamster memerlukan masa dan tenaga. selain itu kita juga perlu membersihkan haiwan itu sendiri dan membersihkan akuarium, air serta aksesori.
Ruang
Kita perlu ruang yang mencukupi untuk menempatkan sangkar atau akuarium. Jika memelihara untuk perniagaan kita perlukan kawasan yang lebih luas untuk menempatkan akuarium mahupun sangkar.
Haiwan peliharan lain yang sedia ada Jika ingin memelihara ikan hiasan, haiwan peliharaan yang sedia ada seperti kucing perlu diberi perhatian. Begitu juga dengan hamster, anjing peliharaan, burung dan arnab .