Menurut Fatimah & Lim (2010), maklumat
yang didapati dari satu sumber adalah disahkan dengan merujuk kepada perkara
yang sama dari sumber lain. Triangulasi adalah sebahagian daripada pengumpulan
data yang bersilang sama ada menggunakan dua atau lebih kaedah pengumpulan data
atau punca sumber data (wiersma, 2000). Proses triangulasi boleh dilakukan
berasaskan kepada tiga pendekatan iaitu pengalaman, persoalan dan pemeriksaan.
6.2.1
Pemerhatian
Pemerhatian
akan dijalankan berdasarkan senarai semak yang menekankan aspek tingkah laku
dan sikap murid atau kemahiran menyusun alatan semasa aktiviti amali
penghasilan projek Tabung Penggera dijalankan. Topik penghasilan projek tahun 5
mempunyai peruntukan masa sebanyak 16 waktu namun saya hanya menggunakan 5 minggu
sahaja iaitu 10 waktu untuk melakukan kajian. Dalam tempoh masa ini, saya akan
membuat pemerhatian secara berkala.
6.2.1.1
Senarai Semak
Senarai
semak boleh digunakan ketika melakukan pemerhatian dan penelitian dokumen.
Senarai semak menyenaraikan item-item untuk menilai kemahiran atau tingkah laku
yang diperhatikan. Bagaimanapun, senarai semak yang disediakan adalah bertujuan
untuk melihat perbandingan tahap kawalan murid dalam kumpulan yang menggunakan Doraemon Box dengan kumpulan biasa. Rujuk
lampiran 1 untuk mengetahui item-item yang dinilai. Untuk menggelakkan bias
berlaku terdapat 3 pemerhati yang dilantik pada setiap kali pemerhatian
dijalankan.
6.2.2
Kajian Lapangan
Melalui
kaedah ini, saya akan merekodkan penggunaan masa yang digunakan oleh murid untuk
mengurus alatan semasa aktiviti amali penghasilan projek. Catatan masa ini
bertujuan untuk menilai sejauh mana penggunaan Doraemon Box dapat mengurangkan masa untuk mengurus alatan. Bagi
mengelakkan bias, saya akan mendapatkan dua orang pembantu luar untuk mencatat masa. Oleh itu, purata masa akan
didapatkan daripada tiga rekod yang dicatatkan bagi memastikan tiada unsur
bias.
6.2.2.1
Borang Rekod Catatan Masa
Borang
ini mengandungi maklumat mengenai nama kelas, nama kumpulan, masa yang di ambil
untuk mengurus alatan pada kelas 1dan 2 serta purata keseluruhan masa yang
digunakan untuk mengurus alatan. Rujuk lampiran 2.
6.2.3
Soal Selidik
Kaedah
kajian seterusnya ialah pengkaji akan menggunakan kaedah soal selidik. Soal
selidik merupakan satu kaedah di mana sesuatu susunan soalan yang tersusun
untuk mendapatkan respon daripada responden. Ia merupakan salah satu cara yang
paling mudah untuk memperoleh data yang diperlukan oleh pengkaji bagi
mengetahui isu-isu yang berkaitan dengan pesoalan kajian yang hendak dijawab.
Menurut Chua (2006), soal selidik digunakan kerana jawapan subjek dapat
dikumpulkan secara terus dalam jangka masa yang singkat. Saya akan menggunakan
borang soal selidik.
Semasa
membina borang soal selidik, saya akan mengambil beberapa asas panduan supaya
item yang dihasilkan benar-benar menjawab persoalan yang hendak dikaji. Antara
perkara yang diberi perhatian adalah soalan yang dibina mestilah releven dengan
tujuan kajian, soalan yang dikemukakan perlulah jelas, soalan yang dikemukakan
hendaklah mudah dijawab oleh responden, dan soalan yang dikemukakan dapat
mengumpul maklumat yang dikehendaki setepat mungkin. Pengkaji telah memilih
soal selidik berbentuk likert scale.
6.2.3.1
Borang Soal Selidik
Borang
soal selidik mengandungi 10 soalan berkaitan kekerapan kehilangan alatan tangan
semasa aktiviti amali projek Tabung Penggera. Guru dikehendaki menjawab soalan
dengan memilih skala yang sesuai iaitu 1-5. Rujuk lampiran 3.