MY BELOVED FOLLOWER (^__^)

Friday, November 11

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.

Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH Pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah Turunkan kepada Jibrail.

2. "BISMILLAH untukmu Dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap Mata pun sejak BISMILLAH diturunkan Kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin Terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang Dan terlempar Semua syaitan.

4. Demi Allah Dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit Melainkan menjadi ubat untuknya Dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu Melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia Dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memula kan sesuatu Perkara yang baik.

6. Jumlah Huruf dalam BSMILLAH Ada 19 huruf Dan malaikat Penjaga neraka Ada 19 (QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah Selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap Hari."

7. Tiap huruf BISMILLAH Ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata,"Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya Dan kamilah Kehebatannya."

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan Mengangkat namanya Di syurga yang sangat tinggi Dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan Bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur,maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian Dan kebakaran, maut mendadak Dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim,hinalah Dan masuk ketakutan Dalam hati si zalim serta naiklah keberanian Dan Kehebatan kepada si pembaca.

Thursday, November 3

RUKUN, SUNAT DAN MAKRUH SEMASA WUDUK

Rukun Wuduk

Wuduk jadi sempurna, kerana sempurna rukunnya. Rukun wuduk ada enam perkara. (4basah, 2kering)

1) Niat (sunat atau wajib)

2) Membasuh muka. Kawasan muka - panjangnya ialah daripada tempat tumbuh anak rambut hingga ke bawah dagu dan lebarnya ialah daripada anak cuping telinga kiri hingga anak cuping telinga kanan.

3) Membasuh tangan hingga ke siku.

4) Menyapu kepala, memadai menyapu sedikit kepala atau tepi, tetapi tidak memadai pada rambut panjang yang melebihi had kepala.

5) Membasuh dua kaki hingga ke buku lali.

6) Tertib. Tidak boleh didahulukan tangan daripada kepala atau kaki daripada tangan.




Makruh Semasa Wuduk

1) Berwuduk dalam keadaan tidak berpakaian

2) Berwuduk dalam tandas

3) Bercakap-cakap semasa mengambil wuduk

4) Menggunakan air musyammas

5) Menggunakan air yang terlalu panas atau terlalu sejuk

6) Memulakan membasuh anggota wuduk dengan anggota kiri

7) Meninggalkan sunat wuduk seperti meninggalkan dari membaca Bismillah pada permulaan wuduk.


Sunat Wuduk


1) Membaca Bismillah di awal wuduk

2) Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke pergelangan sewaktu awal wuduk

3) Menggosok gigi

4) Berkumur-kumur dengan air

5) Menyedut air ke dalam hidung menggunakan tangan kanan dan menghembuskannya ke tangan kiri

6) Meratakan air ke dalam janggut (bagi lelaki yang berjanggut tebal)

7) Menggosok-gosok air di celah-celah jari tangan dan kaki

8) Menyapu seluruh rambut di atas kepala atau semua bahagian kepala

9) Menyapu kedua cuping telinga luar dan dalamnya

10) Mengulang-ulangi membasuh semua anggota wuduk tiga kali setiap anggota

11) Memulakan dengan mendahulukan membasuh anggota kanan kemudian kiri

12) Menggosok anggota dengan air menggunakan tangan

13) Berturut-turut teratur mengikut giliran pada membasuh segala anggota (mualat) yakni dahulukan yang dahulu serta kemudiankan yang kemudian

14) Membasuh tangan lebih daripada had siku ke atas sedikit dan lebihkan daripada paras buku lali

15) Menjimatkan penggunaan air ketika berwuduk

16) Menghadap ke kiblat ketika berwuduk

17) Membaca doa wuduk sebaik sahaja selesai berwuduk

18) Solat sunat dua rakaat setelah selesai wuduk.

Tuesday, November 1

MITOSIS..

-sel tumbuhan boleh dibahagikan kepada sel soma dan sel gamet.

-sel soma ialah sel selain daripada sel gamet.

-sel soma terhasil daripada proses metosis sementara sel gamet terhasil daripada proses meiosis

-bilangan kromosom dalam sel soma sesuatu organisma adalah tetap.

-namun, sel soma bagi organisma yang berlainan mengandungi kromosom yang berbeza.

-bilangan kromosom dalam setiap sel soma dikenali sebagai diploid (mengandungi 2 set kromosom)

-sel gamet pula mengandungi hanya 1 set kromosom dan dikenali sebagai haploid.

-mitosis ialah proses pembahagian nukleus sel induk menjadi dua sel anak dengan setiap nukleus sel anak mengandungi bilangan kromosom yang sama dan kandungan genetik yang seiras sel induk.

-mitosis pada tumbuhan berlaku padatisu meristem apeks hujung akar dan pucuk.

-pembahagian sel yang pesat membolehkan tumbuhan membesar dan memanjang dengan cepat.